Latar Belakang Ahmad Jazlan Yaakub

Keluarga

Ahmad Jazlan dilahirkan pada 30 Ogos 1964 di Jelawat, Bachok, Kelantan. Anak kepada Allahyarham Haji Yaakub bin Muhamad dan Allahyarhamah Hajah Fatimah binti Jusoh dan merupakan anak ke tiga daripada 21 adik-beradik, beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga yang besar.

Keluarga beliau berpindah ke Machang setelah mengikuti bapa beliau yang berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa ketika itu, dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Machang setelah bersara. Setelah bersara, bapa beliau memulakan perniagaan yang terlibat dengan jual-beli kereta import terbesar di Kelantan, syarikat pemaju, perladangan dan memiliki hartanah yang diberi sewa kepada penduduk setempat di Machang, Bachok dan Kota Bharu seawal tahun 1980 an.

Ahmad Jazlan turut membantu bapa beliau menguruskan perniagaan seawal usia 18 tahun. Sebagai pendedahan awal, beliau sering ditugaskan untuk ke Jepun dan United Kingdom untuk memilih dan membeli kereta terpakai, dan beliau memilih untuk terus menguruskan perniagaan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih di bangku persekolahan setelah bapa beliau meninggal dunia. Beliau turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika itu bagi memastikan adik-adiknya tidak ketinggalan di dalam pelajaran.

Ibu beliau merupakan penyeri rumah bagi keluarga besar Allahyarham Haji Yaakub yang hanya menumpukan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal rumah tangga dan membesarkan anak-anak.

Perkahwinan

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan Datin Hajjah Wan Norizan binti Wan Ismail dan Datin Hajjah Noorul Ain binti Mohmad Nor dengan dikurniakan seramai 6 cahaya mata; 3 perempuan dan 3 lelaki ː

  • Nur Diana binti Ahmad Jazlan
  • Marisa Afira binti Ahmad Jazlan
  • Nur Efani binti Ahmad Jazlan
  • Ahmad Azrul Arif bin Ahmad Jazlan
  • Ahmad Edry Ariff bin Ahmad Jazlan
  • Ahmad Imran Ariff bin Ahmad Jazlan

Rujukan

WikiPedia: Ahmad Jazlan Yaakub http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hpu914-j... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan... http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-tanju... http://www.astroawani.com/berita-politik/rakyat-mu... http://www.astroawani.com/berita-sukan/msn-kelanta... http://www.jazlanyaakub.com/ https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1830629 https://www.facebook.com/87363369882/posts/1015752... https://www.facebook.com/ahmadjazlanyaakub/ https://malaysiagazette.com/2019/09/14/hpu-penyatu...